Pretasi jualan Suzukake no Ki no Michi de "Kimi no Hohoemi wo Yume ni Miru" to Itte Shimattara Bokutachi no Kankei wa Dou Kawatte Shimau no ka, Bokunari ni Nannichi ka Kangaeta Ue de no Yaya Kihazukashii Ketsuron no You na Mono

Sehari sebelum dipasarkan, single ini dianggarkan sudah menjual sebanyak 917,000 salinan, sehingga menduduki tangga #1 dalam Carta Harian Single Oricon edisi 10 Disember 2013. Berbanding tiga single AKB48 sebelumnya: ("Heart Electric", "Koi Suru Fortune Cookie", dan "Sayonara Crawl") berturut-turut meraih status million seller (terjual lebih dari satu juta salinan) hanya pada jualan hari pertama , jualan single ini tidak mencapai status million seller kerana tidak terjual lebih dari satu juta salinan pada jualan hari pertamanya.

Single ini baru mencapai status million seller (terjual lebih dari 1 juta salinan) berdasarkan jumlah jualan minggu pertama sebanyak 1.033.000 salinan. Dalam Carta Mingguan Single Oricon edisi 23 Disember 2013, single ini menduduki tangga #1 sekaligus dijadikan sebagai single ke-21 AKB48 yang berjaya menduduki tangga #1 dalam Carta Mingguan Single Oricon. Single ini juga mengemaskini rekod AKB48 yang berjaya meletakkan 21 buah singlenya secara berturut-turut dalam Carta Mingguan Single, bermula dari single ke-14 AKB48 , "RIVER" yang dipasarkan pada 21 Oktober 2009. Walaupun baru terjual lebih dari satu juta salinan pada minggu pertama yang ditetapkan baginya , single ini berjaya memperbaharui rekod AKB48 yang berjaya meletakkan 15 singlenya secara berturut-turut di dalam Carta Mingguan Single Oricon, bermula dari single "Sakura no Ki ni Narou" , atau secara jumlahnya berjaya meletakkan 16 single nombor satu di dalam Carta Mingguan Single Oricon. Dengan kejayaan single ini mencapai status million seller, AKB48 tercatat sebagai artis terlaris dengan single million seller terbanyak di Jepun (16 single) , sekaligus memecahkan rekod B'z yang telah dipegang selama 13 tahun 9 bulan dengan jumlah 15 single berstatus million seller. AKB48 juga memecahkan rekod single million seller dengan judul terpanjang yang sebelumnya dipegang oleh B'z dengan single bertajuk "Ai no mama ni Wagamama ni Boku wa Kimi dake wo Kizutsukenai". Ditambah jualan single ini dan sebelumnya, jumlah penjualan single AKB48 sepanjang kariernya telah mencapai melebihi 25,835,000 jualan, melebihi jumlah jualan single dari "Southern All Stars" yang telah menjual 25,179,000 salinan, dan meletakkan AKB48 sebagai artis ke-3 terlaris berdasarkan jumlah jualan single .

Rujukan

WikiPedia: Suzukake no Ki no Michi de "Kimi no Hohoemi wo Yume ni Miru" to Itte Shimattara Bokutachi no Kankei wa Dou Kawatte Shimau no ka, Bokunari ni Nannichi ka Kangaeta Ue de no Yaya Kihazukashii Ketsuron no You na Mono http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gKIZM-253/ http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gKIZM-255/ http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gKIZM-257/ http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gKIZM-259/ http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gNMAX-1159/ https://www.youtube.com/watch?v=7vxDlVK8KZ0 https://www.youtube.com/watch?v=ILyKNPa5pro https://www.youtube.com/watch?v=OPXRQwkpWoI https://www.youtube.com/watch?v=TTA1p8kopnw https://www.youtube.com/watch?v=xd2sowYr2H8